Sabtu, 21 Ogos 2010

Salam Takziah Buat Kak Linda Sekeluarga.

Takziah diucapkan buat Kak Linda sekeluarga. Beliau adalah ibu kepada salah seorang little caliphs di LC al Fateh.

Di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini telah ditakdirkan Allah menguji keluarga Kak Linda dengan pemergian anakandanya yang kedua yang baru berusia 8 bulan.

Tiada siapa sangka bayi yang sangat comel itu rupanya hanya Allah pinjamkan kepada mereka sekeluarga untuk tempoh tidak sampai setahun.

Semoga Kak Linda sekeluarga terus diberi ketabahan yang tinggi dalam menerima hakikat ini. Juga semoga permata tunggalnya iaitu Muhammad Irfan Danial yang kini berusia 4 tahun akan terus membesar menjadi anak yang soleh.

”Apabila mati seorang hamba, berkata Allah azzawajalla kepada para malaikatNya: Kamu telah mengambil nyawa anak hambaKu. Jawab para Malaikat: Benar! Berkata Tuhan: Kamu mengambil buah hatinya. Jawab para malaikat: Benar! Berkata Tuhan: Apa kata hambaKu? Jawab para Malaikat: Dia telah memujiMu dan mengucapkan: Inna Lillahi wa Innaa Ilaihi Raji’uun (Kita sekalian kepunyaan Allah, dan kepadaNya kita sekalian akan kembali). Berkata Tuhan: Dirikan bagi hambaKU itu sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu “Rumah Kepujian”.

(Hadis riwayat At-termidzi dan Ibnu Hibban)