
Buat semua teman-teman didaoakan semoga semuanya berada dalam keadaaan sihat walafiat. Saudara sebelah arwah abah dan sahabat2 di utara iaitu Perlis dan Kedah, semoga semuanya selamat dan memiliki kesabaran yang tinggi dalam menghadapi musibah banjir besar yang sedang melanda. Tidak ketinggalan buat adik2 junior Marketing di UUM yang telah selamat berkonvokesyen, diucapkan tahniah!. Moga menjadi mahasiswa yang berkerja untuk both world.
Sudah lama tidak update blog ini. Doakan saya tidak akan mengabaikan lagi tanggungjawab di sini. Bukan tiada capaian internet, bukan kerana tiada masa untuk menulis, namun kerana gagal mengurus masa dengan baik menyebabkan 'rumah maya' ini dibiarkan saja terbiar ditumbuhi lalang. Baiklah, ini masa untuk menebas... :)
Semenjak naik raya memang banyak perkara yang perlu dilakukan. Antara program atau urusan besar yang perlu dilakukan adalah urusan audit,parent's meet, jamuan raya tadika, preparation untuk Ihtifal Little Caliphs di Melaka, dan kursus senior teacher di Shah Alam. Alhamdulillah semuanya telah pun berakhir. Tidak sabar nak tunggu hari Rabu 10hb 11 ni... Ehhe..Fun Day With Marrybrown. Rasanya bukan setakat little caliphs yang akan happy, teacher2 pun tentu akan happy juga!
Dalam kerja2 dakwah pula alhamdulillah yang terkini semalam saya telah menghadiri Konvensyen KRIM yang diadakan di UKM. Sungguh menarik pengisian program yang telah dirancangkan. Memberi nafas baru buat semua penggerak. Mengorak Langkah Kebangkitan. Ayuh semua bangkit! REDAH je! :). Di kesempatan ini, turut menyatakan rasa simpati kepada penggerak2 dari Kedah yang tidak dapat hadir berikutan banjir besar yang sedang melanda tempat mereka kini.
