Salam mahabbah buat semua teman-teman baik yang jauh mahupun dekat, semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT untuk terus membolehkan kita beramal soleh dan melakukan kerja-kerja dakwah di muka bumi ini.
Ingin saya maklumkan kepada semua bahawa blogspot saya yang sebelum ini iaitu www.puteriumi.blogspot.com telah pun ditutup akaun tersebut atas sebab-sebab tertentu. Berikutan itu, satu akaun blogspot yang baru telah dibuka dengan tujuan sebagai salah satu dari medan dakwah yang dapat disumbangkan dan perkongsian cerita yang bermanfaat kepada semua. Insya'Allah.
Di sini kita bertemu. Yang baik silalah ambil dan sebar-sebarkan. Jika ada kelemahan yang dikesani silalah sampaikan kepada saya untuk tujuan penambahbaikan. Hidup berpesan-pesan itu sesungguhnya lebih indah dari hidup saling menyalahkan antara satu sama lain.
Salam kembara mujahidah buat semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan